Keunggulan Martin Scorsese




Martin Scorsese (gambar), merupakan figura dunia sinema yang cukup disegani ramai, saya sebagai salah seorang penggemar filem juga kagum dengan karya-karya yang diarahkan oleh beliau. Sebagai rekod, Scorsese telah mengarah 21 buah filem cereka termasuk filem terbarunya yang dihasilkan pada tahun lepas iaitu Shutter Island. Dua filem arahannya yang menjadi senarai filem kegemaran saya adalah filem Taxi Driver dihasilkan pada 1976 yang telah memenangi anugerah Palm d'Or di Festival Filem Cannes pada tahun yang sama dan The Aviator pada 2004 di mana aktres Cate Blanchett telah memenangi aktres pembantu terbaik di Anugerah Akademi ke-77 melalui watak Katherine Hepburn yang dilakonkannya. Lakonan Robert De Niro menerusi watak pemandu teksi yang bernama Travis Bickle dalam Taxi Driver dan Leonardo DiCaprio pula sebagai Howard Hughes dilakon dengan amat berkesan sekali. Filem The Departed arahan beliau adalah filem yang telah menobatkan beliau sebagai pengarah terbaik di Anugerah Akademi ke-79 di mana filem itu turut diumumkan sebagai filem terbaik walaupun pada pandangan saya The Aviator lebih bagus dari The Departed.




Projek terbaru Scorsese & DiCaprio.

Whoaa! Ada filem baru dari Martin Scorsese pada 2011 nanti! Sebuah filem tentang presiden Amerika Theodore Roosevelt ke-26 yang bertajuk The Rise of Theodore Roosevelt. Leonardo DiCarprio akan memegang watak Theodore Roosevelt. Sedikit fakta, nama Teddy Bear adalah diambil daripada nama presiden ini. Pasti menarik filem ni nanti.

Posted by Amirul At 5:11 AM 0 Comments