Rasa
Friday, July 31, 2009
Salam Hormat,
Terima kasih Tuhan kerana saya masih lagi dapat bernafas, terlalu banyak rasa, cabaran, halangan, dugaan yang saya harung sepanjang bulan Julai ni. Ada rasa sedih, gembira, tidak puas hati, menyesal, marah, segala macam perasaan negatif dan positif saya alami. Alhamdulillah, dengan kurniaan akal fikiran, saya dapat berfikir bertapa besar tanggungjawab setiap manusia ciptaan Tuhan di atas muka bumi ini. Adakala saya rasa saya dibawah. Bila dibawah hendak naik ke atas sememangnya perlu cukup tenaga dan daya tahan.
Siaran tergendala....
Posted by Amirul At
6:17 PM
Label:
Emosi
Salam Takzim,
Pertama, untuk yang membaca blog ini, marilah kita semua sedekahkan Al-Fatihah untuk idola saya, pengarah dan penglipurlara saya, Yasmin Ahmad. Sehingga kini, saya masih lagi berfikir dan sukar untuk saya percaya yang beliau telah tiada. Kawan saya berkata, relakan dia pergi. Namun di kotak pemikiran saya masih lagi saya berfikir tentang kehilangan sutradara yang disegani ini.
Sudah tiga hari, tuan punya blog the storyteller ini meninggalkan kita, malam Isnin, 27 Julai 2009, terbit di hati dan timbulnya idea saya untuk menghasilkan sebuah karya kehidupannya sebagai seorang pengarah filem. Dengan segera saya membuka Kosmo! dan Harian Metro online yang tidak sempat saya baca lagi pada hari itu. Alhamdulillah, Dalam Kosmo! ada rencana pasal beliau. Saya terus bergegas ke Seven Eleven walaupun saya boleh copy and paste saja melalui website Kosmo! Saya tetap nak dapatkan akhbar tabloid itu.
Dapat Akhbar itu, tiga Seven Eleven saya pergi! tapi tak apa, demi yasmin the storyteller. Malang sekali ketika menghampir rak akhbar dan majalah itu saya terpandang lalu membaca ada berita yang tak bermoral pada saya. Saya rasa marah dengan kenyataan muka depan akhbar Kosmo! 27 Julai 2009! Saya terus membayar akhbar tersebut dan terus segera pulang untuk membaca isi kandungannya. Yang aneh, dalam online tiada cerita yang muka depan tu!
Laporan akhbar - "Takdir Yasmin Mati sebagai wanita" sangat mengaibkan! walaupun saya dah tahu lama tentang sisi hidup Yasmin sebelum bergelar pengarah, bagi saya memang sangat mengaibkan dan memalukan keluarga arwah. Tak fikir ke perasaan keluarga beliau yang membacanya? Siapa Kosmo! untuk menilai? Sejauh mana akhbar tersebut boleh pergi dengan mengaibkan kisah orang yang baru saja meninggal dunia?
Saya pasti setiap rakyat Malaysia akan merindui buah tangan Yasmin Ahmad apabila menjelangnya Aidilfitri nanti. Setiap iklan Petronas garapannya walaupun seminit tapi impaknya berkesan sungguh menyentuh jiwa bagi anda yang pernah menontonnya bukan? Jadi tidak keterlaluanlah untuk saya berkata sebegitu dan sebegini tentang idola saya ini. Iklan Kasut Gombak, Iklan Kenapa Saya Suka Rumah Saya? Al-Kisah Janda Beranak Tujuh dan banyak lagi. Sebagai rekod, Sebelum Perdana Menteri melancarkan gagasan 1 Malaysia, Beliau terlebih dahulu telah menerapkan konsep dan semangat 1 Malaysia dalam karya-karya beliau.
Dalam legasi seninya, Yasmin yang dilahirkan 1 Julai 1958 pernah berkata "syurga seseorang insan itu di bawah tapak kaki ibu dan bukan di bawah tapak kaki kementerian". Tindakannya itu bukan kerana berdegil atau membalas dendam, cuma kesan apa yang diterimanya ketika Sepet memenangi Filem Terbaik - FFM18. Siapa pun beliau, beliau tetap manusia ciptaan Allah s.w.t. Al-Fatihah untuk arwah.
Siaran tergendala....
Posted by Amirul At
2:22 AM
Label:
Emosi
Antusias !
Sunday, July 19, 2009
Salam Hormat,
Alhamdulillah, selesai masalah dan dugaan yang membelenggu diri saya sejak kebelakangan ini. Terima kasih kepada yang membantu. Jasa dan niat ikhlas orang yang membantu dan menasihat termasuk ibu dan bapa tidak akan dilupa. Saya kini punya ANTUSIAS yang tinggi terhadap cita-cita saya. Diharap saya berjaya menghipnosis semua pensyarah untuk lulus dengan cemerlang dalam pengajian Ijazah ini kelak. Inshaallah.
Siaran tergendala....
Posted by Amirul At
2:09 PM
Label:
Terima Kasih
Salam Hormat,
Emosi tertekan! Dua perkataan yang dapat menggambarkan keadaan saya ketika ini. Berkejar ke sana-sini dengan hal dunia. Dikelilingi dengan orang yang pentingkan diri sendiri.
Mereka seboleh-bolehnya mahu saya mendengar dan membantu agar saya sekali terlibat dalam hidup mereka. Adakah saya berkepentingan dalam hidup mereka? Atau hanya kerana saya seorang yang lurus?
Adakah sebab itu mereka mengambil kesempatan? Saya tahu ada orang yang saya kenal tak kira kawan atau pun lebih tinggi darjat dan status mereka sememangnya mempergunakan saya. Siapa? Banyak.
Bila tiba masalah sendiri, saya ada juga meluahkan apa yang terpendam. Mereka jarang sekali menjadi pendengar setia. Jarang berlaku... Jarang... Jarang... Jarang...!
Siaran tergendala....
Posted by Amirul At
7:37 AM
Label:
Emosi
Salam Hormat,
Saya tak boleh sambung Ijazah... Saya ada masalah peribadi dan kewangan! Penjaga saya enggan menanggung kos pengajian... Daftar yuran nak bayar guna? Daun? Pasir? ASWARA langsung tak boleh bertolak ansur. Nak bayar half dulu pun tak boleh!
OTAK SERABUT...
JIWA KACAU...
BENAK KALUT...
HATI RISAU...
OLEH ITU....
Posted by Amirul At
4:39 AM
Label:
Emosi

Salam Hormat,
Sudah lima hari Michael Jackson meninggal dunia. Banyak spekulasi timbul selepas kematian beliau. Saya suka dengan cara tunggu dan lihat apakah yang akan berlaku seterusnya. Apa-apapun, bagi saya biarkan beliau pergi dengan aman. Kita nikmati saja karya seni yang beliau pernah beliau lantunkan.
Earth Song! Lagu kegemaran saya tu. Gambar diatas adalah 48 jam sebelum Jacko meninggal dunia. Akhir kata,
"Michael, May Allah be with you." Jermaine Said.Itu saja daripada saya.
Posted by Amirul At
5:29 AM
Label:
Seantero