Showing posts with label Terima Kasih. Show all posts
Showing posts with label Terima Kasih. Show all posts

Ucapan Selamat Hari Jadi

Kepada,

Syafiq Takrip, Syaz Wan, Ary Anuar, Daulat Nan Sakti, Nicole Yap Chin, Roydy Rokidy, Syed Yazid Zain, Syahril Fadzlie Abdul Jalil, Syahrul Faizal Abdul Jalil, Adieyka Zainal, Faelmi Azrate Ymi, Imran Yusoff, Nurul Aishah, Faizarul Syiha Abdul Jalil, Izzat Shaharel, Mimie Mito, Freez Ram, Farrah Wanira, Kobain Aq' Grabin, Hafizul Fiqri, Khairunazwan Rodzy, Aina Nabila Ahmad, Illy Fox, E'zham I'dinazhar, Wan Khaizatul Izwa, Chamil Arkhasa Nikko, Ian Z Azhar, Khairul Abidin, Ainina Saifuddin, Nashriq Alias, Teekay Zamri, Tya Carlisa, Yanty Wagiran, Sarah Samz, Metra Syahril Mohamed, Hazwan Kaer, Nurul Afna Akma Zakaria, Saharudin Mohd Musthafa, Zhezy Wahab, Nik Shareena Rosny, Iqbal Arif Yaakob, Hamizah Ghazali, Syazwan Zakariah, Ridzwan Fathil, Ammar Uzair, Naufal Nasrullah, Nik Mohd Norrasiq, Amsama Revolve, Miz Maleya, Muhd Salman, Nadirah Hashim, Miela Kamal, Ain Filzah, Mya Zulkifli, Radzmi Rico, Zahidah Shaharom, Myra Zhara, Ahmad Nabil, Mohd Uzair Mohd Zin, Farhan Hashim, Robani B. Hassan, Syahirah Azani, Chienta Gosvoto, Ahmad Uzir, Hadawiyah Samad, Naim Syahrazad, Weng Chai, Shahrin Hassan, Izuin Zulsyamin Zulkifle, Ika Young, Adinda Atie, Dedymus Rofinus, Mardhiah Hirsham, Ayeshah Hassan, Mezee Mijot, Illi Hzbull, Fauziah Baharudin, Jiman Najmi, Hidayah Suleiman, Nurul Najwa Ahmad, Faten Syamimie, Sari Hermawati Masrul, Anas Aiman Husyn, Nurul 'Ula Aisa, Suhaila Nordin, Azwa Niezan, Zack Zahir Harun, Lyana Mokhtar.

Terima kasih untuk ucapan dan hadiah.

Nama mengikut turutan.

Posted by Amirul At 1:20 AM 0 Comments

Selamat Datang



kepada yang membaca dan melihat blog ini,
selamat datang.


ini blog tentang perkongsian perasaan keliling diri dan emosi,
harap maklum.


jika tersinggung,
jika nak jadikan blog ini sebagai perhatian,
bazir masa,
lupakan.


banyak benda lain,
yang boleh diperhati,
yang boleh dibaca,
yang lebih manfaat.


Posted by Amirul At 11:58 PM 0 Comments

Kepada Encik Azman Ismail

Assalamualaikum Encik Azman,

Biarpun pada awalnya saya rasa boleh tahan dan kawal ketidakpuasan hati berkaitan kelas dibatalkan murabbi pada saat-saat akhir sejak dua menjak ini, tetapi apabila saya mengalaminya berulang kali berkaitan kelas dibatalkan tanpa diberitahu dengan lebih awal oleh murabbi ataupun kawan-kawan keliling yang dulu ada dan kini sepi bagaikan tiada, perasaan itu lebih mengatasi daripada segalanya.

Dengan penuh rasa rendah diri, saya memohon maaf atas ketelanjuran kata yang dikeluarkan menerusi tulisan yang dipaparkan dalam blog ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda kerana sudi memberi ilmu dan masih boleh tahan dengan perangai dan sikap saya yang gedik ini.

Posted by Amirul At 10:21 PM 0 Comments

Terima Kasih Tuan, Puan

Salam takzim,




Baru-baru ini, tempat saya belajar, Fakulti Penulisan ASWARA telah mengadakan sebuah majlis ilmu yang dinamakan 'Wacana Sastera Bersama Editor'. Saya datang dan saya dapat satu idea daripada salah seorang editor yang diundang. Terima kasih kepada semua tenaga kerja yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Terima kasih sekali lagi, diharap ada lagi program ilmu seperti ini. Saya boleh dapat banyak idea untuk dizahirkan sebagai tugasan ataupun karya simpanan yang bukan untuk diterbitkan. Ahahaa!


nota: Saya boleh dengar dan beri tumpuan pada 10 minit pertama. Selebihnya ikut pada cara penyampaian orang yang bercakap itu. Minta maaf kalau kurang ajar.

Posted by Amirul At 2:04 AM 0 Comments

Di Utusan Melayu

Alhamdulillah,



Hasrat saya untuk berbuka puasa bersama baladewa Utusan Melayu yang juga bekas majikan tempat saya bekerja sewaktu menjalani latihan praktikal dimakbulkan Tuhan. Pada Ramadan ke-27 bersamaan 17 September 2009 adalah harinya.





nota kaki: Kepada Sari dan Mimie, jangan cakap saya tidak ajak, sewaktu saya pergi ke Utusan, Sari dah balik kampung dan Mimie masih berkerja. Hahaha! Saya dapat duit raya daripada Kak Liza yang memakai baju kurung biru!

Posted by Amirul At 6:25 AM 0 Comments

22 Ogos 1988

Alhamdulillah,

21 tahun yang lalu, saya dilahirkan di Kuala Lumpur. Alhamdulillah, kini saya masih lagi dapat menghirup udara segar pada pertama Ramadhan mulia yang jatuh pada tarikh ulang tahun kelahiran saya. Azam saya, sentiasa cermin diri, menjadi seorang yang lebih tegas dan tetap pendirian, cuba menjadi seorang yang lebih matang, dan menghormati orang yang lebih makan garam. Inshaallah.

Terima kasih Tuhan.

Posted by Amirul At 6:03 PM 4 Comments

Antusias !

Salam Hormat,

Alhamdulillah, selesai masalah dan dugaan yang membelenggu diri saya sejak kebelakangan ini. Terima kasih kepada yang membantu. Jasa dan niat ikhlas orang yang membantu dan menasihat termasuk ibu dan bapa tidak akan dilupa. Saya kini punya ANTUSIAS yang tinggi terhadap cita-cita saya. Diharap saya berjaya menghipnosis semua pensyarah untuk lulus dengan cemerlang dalam pengajian Ijazah ini kelak. Inshaallah.

Siaran tergendala....

Posted by Amirul At 2:09 PM 0 Comments

Apa Itu Kawan ?

Salam Takzim,

Setiap orang perlukan kawan, teman, geng, orang-orang yang boleh kita berhubung. Tapi, apakah itu kawan? Geng warung kopi? Kawan seperjuangan? Kawan lepak-lepak? Rakan-rakan sekolah ? Atau kawan-kawan semasa kita kecil?


Tak ada prejudis, tak ada perbezaan, tak ada pertandingan, tak ada persaingan? Sehingga suatu hari kita belajar untuk buka mata dan kita nampak, dunia bukan lagi sekadar hitam dan putih. Persahabatan adalah suatu pengembaraan yang tak boleh diduga.


Di Aswara, sepanjang tiga tahun pengajian, banyak kawan yang saya kenal. Bermacam-macam perangai dan ragam. Kawan-kawan satu fakulti, boleh dikatakan agak rapat. Merekalah teman yang senantiasa berada disisi tatkala susah dan senang dihadapi bersama.


Mereka yang negatif :-

- Ada yang sensitif.
- Pentingkan diri sendiri.
- Suka pijak kepala saya.
- Suka serkap jarang terhadap saya.
- Anggap saya macam agas-agas.
- Anggap saya tunggul kayu bila berhadapan dengan mereka.
- bila tanya jangan jadi bisulah weh!


Mereka yang positif :-

- Suka bantu membantu. Sari - banyak dia tolong saya.
- Menjadi pendengar setia.
- pendorong kepada peningkatan pointer saya - Fatihah dan Radiah.


Empat kawan di Aswara yang layak dijadikan pendorong untuk saya lebih bersemangat :

- Fatihah.
- Radiah.
- Sari.
- Kak Afna.


Keempat-empat orang yang disebutkan ini cukup saya kagum dengan cara mereka sebagai pelajar.

Posted by Amirul At 7:55 PM 4 Comments