Mesti Tonton: Paranormal Activity



Tonton pada: 23 Januari 2010.
Tempat: GSC Berjaya Times Square.




Ketika keluar panggung bersama Sharavanan dan Fendi, mereka kata filem ini antara filem seram yang terbaik dan ketika itu saya tidak ada langsung perasaan takut. Apabila tiba masa hendak pulang ke rumah, masa untuk tidur... Oh tutttt! Tutttt! 3 hari tidur tak tutup lampu.

Posted by Amirul At 12:20 AM 0 Comments

Tutur Kata & Tingkah Laku


Kematian,

Ramai yang telah pergi dijemput Tuhan. Bilalah sampai giliran saya? Bagaimanakah cara saya kembali kepadaNya? Dan itu menyebabkan saya bertanya pada diri tentang kelakuan diri. Membuatkan saya berfikir apa yang telah saya lakukan. Terlalu banyak sikap negatif yang ada dalam diri ini. Menjadi sikap luar biasa untuk orang lain dan menjadi sikap biasa bagi saya. Itu yang saya fikir. Semestinya banyak kali saya menyinggung emosi orang lain. Menyebabkan orang lain membenci saya.

Adakah?

Orang yang berdendam dengan saya?
Orang yang kurang selesa dengan saya?
Orang yang mendoakan ketidaksejahteraan saya?
Orang yang tidak memaafkan kekhilafan saya walaupun ketika itu
saya sudah tidak bernafas lagi?

Namun,

Manusia tidak ada sempurna.
Masing-masing boleh diperbaiki ketika diri masih bernafas.
Amirul, jaga tutur kata dan tingkah laku!

Posted by Amirul At 12:00 AM 0 Comments

Sehijau Warna Daun # 2


Lagi!



Yang pasti kami bukan di Padang Merbok!

Posted by Amirul At 1:03 AM 0 Comments

Sehijau Warna Daun

Ahaa!


Musim luruh dowh. Seoren baju saya, sebiru baju kak ecah! Ahaa gila! Di mana? Mana boleh bagitau! Sibuk je nak tau! Hahaha. Klunya satu lokasi rahsia di Kuala Lumpur. Hehe.




Kawan saya, Ain Filzah.


Photographer: Siti Khalisah. Terima kasih Siti!

Posted by Amirul At 12:36 AM 4 Comments

Catatan Januari


21 hari di tahun baharu gregori,

Banyak sudah yang telah berlaku. Saya berjalan, melihat dan mentafsir keadaan sekeliling dalam situasi yang bermacam-macam melanda keliling saya. Rasa sedih, takut, hairan, aneh, terkejut, marah, kecewa dan gembira itu sentiasa ada. Alhamdulillah, terima kasih Tuhan kerana saya masih dapat merasa perasaan dan emosi yang saya katakan tadi. Untuk hari-hari mendatang, semoga Tuhan merahmati dan melancarkan perjalanan sementara untuk kita semua yang tinggal menumpang di alam nyata ini.

Posted by Amirul At 8:43 PM 0 Comments

Karya Terbaik 2009




Hi semua,


SABAN tahun, American Film Institute (AFI) akan menyenaraikan 10 filem dan siri televisyen (TV) terbaik sepanjang tahun untuk menerima Anugerah AFI. Senarai ini juga memainkan peranan penting setiap kali tibanya musim anugerah di Hollywood dan dianggap sebagai penentu kepada kejayaan sesebuah filem atau siri TV yang mampu menjulang anugerah.


Namun begitu, pemilihan filem dan siri TV ini bukanlah berdasarkan atas populariti mahupunn diukur dari segi kutipan tiket semata-mata. Sebaliknya, ia dinilai dari segi kriteria serta kekuatan yang dimiliki setiap karya yang dilihat mampu meninggalkan impak besar kepada audiens.


Anugerah AFI merupakan satu-satunya pengiktirafan yang menghargai dunia filem dan televisyen di Hollywood secara keseluruhannya baik mereka yang terlibat di depan kamera mahupun belakang tabir. Berbeza dengan anugerah lain, pemilihan pemenang Anugerah AFI dibuat oleh 13 orang juri yang merangkumi cendekiawan filem, artis, pengkarya dan pemenang amanah AFI.


Selama dua hari, mereka akan duduk berbincang, berdebat dan mengkritik untuk memilih karya yang paling cemerlang sepanjang tahun. Tugas mereka tidak terhenti setakat itu sahaja sebaliknya, mereka perlu menjelaskan pilihan mereka itu dengan terperinci dan semuanya dilakukan dalam satu pertemuan yang diadakan secara sulit di Los Angeles, Amerika Syarikat selama dua hari.


Untuk Anugerah AFI 2009, 10 filem dan siri televisyen terbaik telah pun dipilih dan majlis penganugerahan akan diadakan di Hotel Four Seasons, Los Angeles pada 15 Januari ini.

Penerima Anugerah AFI 2008.


10 Filem Terbaik 2009



Coraline

The Hangover

The Hurt Locker

The Messenger

Precious: Based on the Novel Push by Sapphire

A Serious Man

A Single Man

Sugar

Up

Up In The Air


10 Siri Televisyen Terbaik 2009



The Big Bang Theory

Big Love

Friday Night Lights

Glee

Mad Men

Modern Family

The No. 1 Ladies’ Detective Agency

Nurse Jackie

Party Down

True Blood


Sumber
-Utusan Malaysia, 9 Januari 2010.


nota: whoa! Saya nak sangat tengok siri Mad Men yang mempunyai unsur-unsur racism, homophobia, antisemitism, adultery, sexism. Tapi, tiada satu pun stesen tv Malaysia tayangkan siri ni. Apa salahnya menonton untuk meraikan keinginan yang bukan untuk dipraktikkan. Betul tak?


Posted by Amirul At 4:01 AM 0 Comments

1431 & 2010

Salam hormat semuanya,


Tertinggi di dunia, Burj Khalifa. (dahulu Burj Dubai)


Nama baru menara ini diambil daripada nama pemerintah Dubai, Sheikh Khalifa bin Zayed Al-Nahayan. Menara setinggi 828 meter ini memiliki 160 tingkat. Tinggi. Saya baca di akhbar, Malaysia akan ada pencakar langit terbaharu 100 tingkat yang akan dibangunkan oleh PNB di kawasan stadium merdeka. Woah!


Selamat maal hijrah 1431 dan selamat tahun baharu gregori 2010. Baru saja beberapa hari di tahun baharu, sudah mula ada perkara manis dan pahit berlaku. Semoga sejahtera semuanya.


Mari kita bersatu seiring dan maju, pencapaian jadi mercu!

Posted by Amirul At 4:08 AM 4 Comments