Karya Terbaik 2009




Hi semua,


SABAN tahun, American Film Institute (AFI) akan menyenaraikan 10 filem dan siri televisyen (TV) terbaik sepanjang tahun untuk menerima Anugerah AFI. Senarai ini juga memainkan peranan penting setiap kali tibanya musim anugerah di Hollywood dan dianggap sebagai penentu kepada kejayaan sesebuah filem atau siri TV yang mampu menjulang anugerah.


Namun begitu, pemilihan filem dan siri TV ini bukanlah berdasarkan atas populariti mahupunn diukur dari segi kutipan tiket semata-mata. Sebaliknya, ia dinilai dari segi kriteria serta kekuatan yang dimiliki setiap karya yang dilihat mampu meninggalkan impak besar kepada audiens.


Anugerah AFI merupakan satu-satunya pengiktirafan yang menghargai dunia filem dan televisyen di Hollywood secara keseluruhannya baik mereka yang terlibat di depan kamera mahupun belakang tabir. Berbeza dengan anugerah lain, pemilihan pemenang Anugerah AFI dibuat oleh 13 orang juri yang merangkumi cendekiawan filem, artis, pengkarya dan pemenang amanah AFI.


Selama dua hari, mereka akan duduk berbincang, berdebat dan mengkritik untuk memilih karya yang paling cemerlang sepanjang tahun. Tugas mereka tidak terhenti setakat itu sahaja sebaliknya, mereka perlu menjelaskan pilihan mereka itu dengan terperinci dan semuanya dilakukan dalam satu pertemuan yang diadakan secara sulit di Los Angeles, Amerika Syarikat selama dua hari.


Untuk Anugerah AFI 2009, 10 filem dan siri televisyen terbaik telah pun dipilih dan majlis penganugerahan akan diadakan di Hotel Four Seasons, Los Angeles pada 15 Januari ini.

Penerima Anugerah AFI 2008.


10 Filem Terbaik 2009



Coraline

The Hangover

The Hurt Locker

The Messenger

Precious: Based on the Novel Push by Sapphire

A Serious Man

A Single Man

Sugar

Up

Up In The Air


10 Siri Televisyen Terbaik 2009



The Big Bang Theory

Big Love

Friday Night Lights

Glee

Mad Men

Modern Family

The No. 1 Ladies’ Detective Agency

Nurse Jackie

Party Down

True Blood


Sumber
-Utusan Malaysia, 9 Januari 2010.


nota: whoa! Saya nak sangat tengok siri Mad Men yang mempunyai unsur-unsur racism, homophobia, antisemitism, adultery, sexism. Tapi, tiada satu pun stesen tv Malaysia tayangkan siri ni. Apa salahnya menonton untuk meraikan keinginan yang bukan untuk dipraktikkan. Betul tak?


Posted by Amirul At 4:01 AM

0 Comments:

Post a Comment