Salam Takzim,
Pertama, untuk yang membaca blog ini, marilah kita semua sedekahkan Al-Fatihah untuk idola saya, pengarah dan penglipurlara saya, Yasmin Ahmad. Sehingga kini, saya masih lagi berfikir dan sukar untuk saya percaya yang beliau telah tiada. Kawan saya berkata, relakan dia pergi. Namun di kotak pemikiran saya masih lagi saya berfikir tentang kehilangan sutradara yang disegani ini.
Sudah tiga hari, tuan punya blog the storyteller ini meninggalkan kita, malam Isnin, 27 Julai 2009, terbit di hati dan timbulnya idea saya untuk menghasilkan sebuah karya kehidupannya sebagai seorang pengarah filem. Dengan segera saya membuka Kosmo! dan Harian Metro online yang tidak sempat saya baca lagi pada hari itu. Alhamdulillah, Dalam Kosmo! ada rencana pasal beliau. Saya terus bergegas ke Seven Eleven walaupun saya boleh copy and paste saja melalui website Kosmo! Saya tetap nak dapatkan akhbar tabloid itu.
Dapat Akhbar itu, tiga Seven Eleven saya pergi! tapi tak apa, demi yasmin the storyteller. Malang sekali ketika menghampir rak akhbar dan majalah itu saya terpandang lalu membaca ada berita yang tak bermoral pada saya. Saya rasa marah dengan kenyataan muka depan akhbar Kosmo! 27 Julai 2009! Saya terus membayar akhbar tersebut dan terus segera pulang untuk membaca isi kandungannya. Yang aneh, dalam online tiada cerita yang muka depan tu!
Laporan akhbar - "Takdir Yasmin Mati sebagai wanita" sangat mengaibkan! walaupun saya dah tahu lama tentang sisi hidup Yasmin sebelum bergelar pengarah, bagi saya memang sangat mengaibkan dan memalukan keluarga arwah. Tak fikir ke perasaan keluarga beliau yang membacanya? Siapa Kosmo! untuk menilai? Sejauh mana akhbar tersebut boleh pergi dengan mengaibkan kisah orang yang baru saja meninggal dunia?
Saya pasti setiap rakyat Malaysia akan merindui buah tangan Yasmin Ahmad apabila menjelangnya Aidilfitri nanti. Setiap iklan Petronas garapannya walaupun seminit tapi impaknya berkesan sungguh menyentuh jiwa bagi anda yang pernah menontonnya bukan? Jadi tidak keterlaluanlah untuk saya berkata sebegitu dan sebegini tentang idola saya ini. Iklan Kasut Gombak, Iklan Kenapa Saya Suka Rumah Saya? Al-Kisah Janda Beranak Tujuh dan banyak lagi. Sebagai rekod, Sebelum Perdana Menteri melancarkan gagasan 1 Malaysia, Beliau terlebih dahulu telah menerapkan konsep dan semangat 1 Malaysia dalam karya-karya beliau.
Dalam legasi seninya, Yasmin yang dilahirkan 1 Julai 1958 pernah berkata "syurga seseorang insan itu di bawah tapak kaki ibu dan bukan di bawah tapak kaki kementerian". Tindakannya itu bukan kerana berdegil atau membalas dendam, cuma kesan apa yang diterimanya ketika Sepet memenangi Filem Terbaik - FFM18. Siapa pun beliau, beliau tetap manusia ciptaan Allah s.w.t. Al-Fatihah untuk arwah.
Siaran tergendala....
Posted by Amirul At
2:22 AM
Label:
Emosi
3
Comments:
Post a Comment
Ya Mirul..aku tengok dalam online kosmo..x da pulak...! Kosmo nak publisti murahan kot.. x tahu lah. Papun...aku tau kau nak jumpa dengan arwah..cam aku gak. Arwah Yasmin memang genius. soal lain..itu urusan Arwah dengan Allah..manusia tidak layak masuk cmpur! Sapelah yag tulis cite tu..aku pasti kau kenal dan mungkin jua aku kena.Papun Al Fatihah. Kita tengok iklan petronas tahun ni..
sokong media alternatif,
persetan akhbar perdana.
sari: tunggu iklan petronas merdeka, hari raya tahun ni. afdlin shauki kot yg direct. ok la dia.
epool: aku baca semua media. bila baca aku x percaya 100 peratus.