Malang Si Kucing

Kasihan,


Seekor kucing di Iowa disahkan positif influenza A (H1N1) sekali gus menjadi kucing pertama dijangkiti wabak pandemik ini, lapor Pertubuhan Perubatan Veterinar Amerika Syarikat, semalam. Kucing berusia 13 tahun itu dipercayai dijangkiti virus tersebut daripada penghuni rumah tempatnya tinggal.


Ia bagaimanapun telah pulih sepenuhnya dan tidak akan menjangkiti sesiapa pun. Anjing dan kuda dikatakan turut boleh dijangkiti pelbagai jenis virus selesema, tetapi sehingga kini masih belum ada binatang ini yang dijangkiti wabak selesema babi ini.


Ihsan: Reuters.

nota: Teringat pada Sari, kawan saya yang memanggil kucing-kucing kelilingnya GADIS! Molekkan gadis! Jelita sungguh!

Posted by Amirul At 3:38 AM 0 Comments

Perihal Gramedia

Salam hormat semuanya,


Salah satu kegemaran saya dalam hidup adalah dengan mengunjungi kedai-kedai buku besar seperti MPH, Borders, Kinokuniya, dan Popular. Di kedai-kedai yang disebutkan ini saya boleh tengok banyak buku yang bagus-bagus dan boleh curi-curi baca mana-mana buku yang tak berbalut dengan plastik tu. Ahaha! Al-maklumlah buku-buku yang bagus yang dijual di tempat-tempat bagus ni harganya mahal, saya kurang mampu. Harga buku yang paling tinggi setakat ni yang saya pernah beli adalah sebuah buku tentang ilmu perfileman yang diberi nama Making Movies tulisan Sidney Lumet. Harganya RM 56.68 yang saya beli di Kinokuniya dengan menggunakan duit raya yang saya dapat baru-baru ni. Buku-buku yang ada di kedai-kedai ni juga kebanyakkannya buku-buku bahasa asing. Agak sedikit jumlah buku-buku bahasa Melayu.


Oleh yang demikian, saya rasa tidak adil macam ni, saya orang Melayu, tinggal di negara majoriti berbangsa Melayu yang bertutur bahasa Melayu. Senang sekali kalau Gramedia membuka sekurang-kurangnya sebuah cawangan di negara ini. Hal ini kerana, Gramedia adalah sebuah syarikat media gergasi di Indonesia. Ia memiliki stesen TV, stesen-stesen radio, menerbitkan akhbar Kompas (akhbar terbesar di Indonesia), menerbitkan 46 majalah, dan setiap tahun menerbitkan 3000 judul buku yang dihasilkan oleh 7 buah anak syarikat penerbitan. Saya hanya mampu berkata whoaa! Di Malaysia pun rasanya yang ada cuma Konglomerat Media Prima Berhad. Tapi entiti gah itu tidak menerbitkan buku!


Sebagai rekod tentang Gramedia untuk yang belum maklum, memiliki percetakan termoden dan jumlah rangkaian kedai buku paling banyak di seluruh Indonesia. Untuk tahun ini saja Gramedia telah membuka cawangan kedai bukunya di Brunei dan Vietnam. Negara kecil tu! Malaysia macam mana? Kerajaan? Pihak yang berkaitan? Seingat kotak ingatan, saya pernah maklum bahawa Gramedia sedang merancang untuk membuka 10 cawangan kedai bukunya di Malaysia! Whoaa! Tapi pihak Gramedia telah mengalami kesukaran untuk mendapatkan ruang untuk disewa dalam pusat komersial! Kesiannya. Paling minimum kata Gramedia pihak mereka memerlukan sekurang-kurangnya ruang seluas 20 ribu kaki persegi. Banyak kot pusat komersial di Kuala Lumpur, tak kan tiada ruang langsung? Pavilion? Suria KLCC? The Gardens? Tak boleh buka sayap baru untuk Gramedia? Haha!


nota: Khabarnya Gramedia sudah dibuka di Shah Alam dan Pulau Pinang, Gramedia juga telah di buka di The Mines. Benarkah? Saya dah lama tak ke sana. Nak pergi pun macam susah! Lagi satu, saya demam lagi. Balik dari kuliah selalu kena hujan. Mati awallah nampaknya saya. Ahaha!

Posted by Amirul At 2:16 AM 0 Comments

Kata Richard Nixon

Anda,

Memerlukan sebanyak mungkin pengalaman getir untuk menzahirkan keunggulan anda.

Posted by Amirul At 8:08 AM 2 Comments

Perihal Gedik Di Aswara

Sudah hilang sabar,

Pertama, saya nak tegaskan saya TIDAK BAGUS, saya cuma nak berkongsi sedikit tentang perihal segelintir orang-orang Aswara yang mungkin sudah rasa dirinya bagus. Gedik! Macam anda bagus sangat!

Ceritanya macam ni, adalah seorang ni ajar subjek yang boleh dikatakan sedikit bosan, suka berbual kosong kata nak bagi nota tapi tak bagi! Pergi jadi moderator untuk program apetaah kelas batal tak beritahu awal-awal, dia beritahu pun kat sorang dua pelajar saja... Notis pulak tak tampal, lainlah kalau dia ada emergency ke bolehlah saya terima keadaan dia... Mintak alamat emel semua pelajar cakap nak beri nota, tapi dia cuma send nota-nota tu kat emel budak perempuan saja! Okey saya tak kisah, tahap sabar saya semakin tinggi.

Malang betul saya, 2 November semalam perkara yang sama terjadi lagi. Sudahlah kelas waktu malam 8-10 malam. Meredah hujan dengan motosikal dengan keadaan diri yang baru lepas demam. Sampai, kelas tiada. Kenapa orang yang dapat tahu awal daripada pensyarah kelas tidak memaklumkan kepada saya? Orang-orang yang ada kelas 5-7 malam sorang pun tak maklumkan pada saya. Bukannya mahal nak sms pun kan? Aduhai gedik sungguh segelintir orang-orang Aswara sekarang ni! Akhir kata perlukah saya mencarut kepada orang-orang yang gedik ni? Fikirlah sendiri!

Fuh lega, tak nak emo dah... gedik pulak lepas ni! Ahaha!

nota: Setuju dengan kata Epa, Ex classmate sewaktu diploma - keciannyer...penyakit staf aswara dh berjangkit pd lecture pulak ye....

Posted by Amirul At 12:34 AM 0 Comments

Media Prima Screenings 2010

Menarik 2010!



Tengoklah sampai lebam. Ada 82nd Academy Awards, 52nd Grammy, American Music Awards, MTV Movie Awards, Shout! Awards, Gossip Girls 3, American Idol Yr.9, Project Runway Yr. 6, AIM-17, Kami 2! dan banyak lagi! Whoaa gila semua nak tengok! Ahahaa! Layari - www.screenings.com.my

Posted by Amirul At 4:58 AM 0 Comments