Salam hormat,

Terpaksa beratur panjang seorang diri di GSC Pavilion untuk mendapatkan tiket filem ini dan ditambahkan lagi dengan keadaan diri yang kurang stabil petang tadi, akhirnya saya sudah selesai menonton. Untuk tahun 2009 ini, 2012 adalah sebuah malapetaka yang boleh dianggap terbaik dari Hollywood. Larut dalam emosi 2012. Saya puas hati!
Posted by Amirul At
11:49 PM
Label:
Mesti Tonton
Tiga Sekawan
Tuesday, November 10, 2009
Untuk yang menjauhkan diri,
Tiga sekawan,
Aku tidak pernah memusuhi kalian,
Apa salah aku sehingga kalian berbuat demikian?
Tiga sekawan,
Aku tidak lagi merasa keceriaan seperti dulu,
Adakah kesalahan datang daripada aku?
Tiga sekawan,
Jika enggan berhubungan lagi, tidak mengapa
Semoga kalian aku doakan bahagia
Tiga sekawan,
Jika benar salah datang daripada aku...
Ampun maaf ikhlas untuk sekalian kamu.
Selamat tinggal,
Untuk kalian yang pernah bersama aku,
Izinkan aku berangkat dahulu.
Daripada aku, seorang kawan untuk kalian yang juga kawan.
* * *
Kepada yang menjauhkan diri, aku juga sudah menjauhkan diri.
___ ; ___
Posted by Amirul At
11:52 PM
Label:
Emosi
Salam hormat semuanya,

Baru-baru ini saya sempat menonton filem dokumentari ini. Menarik, sungguh istimewa dan menjadi satu khazanah yang cukup berharga buat peminat Michael yang akan terus mengenangnya sebagai karyawan seni genius tiada tandingan. Pergilah menonton. Sedang ditayangkan sehingga 12 November ini.
Posted by Amirul At
4:15 AM
Label:
Mesti Tonton
Saya sudah menonton! Lakon layarnya terbaik!

Karya terbaharu arahan Bernard Chauly dan lakon layar oleh Rafidah Abdullah ini mengupas tentang isu wanita pisau cukur yang sering kali dipandang negatif. Naratif ceritanya membicarakan tentang wanita moden yang cita-citanya untuk mencari pasangan hidup dari kalangan lelaki kaya demi menjamin masa depan mereka. Filem ini juga diolah dengan begitu baik dan ia menonjolkan permasalahan dan realiti hidup di kalangan wanita moden hari ini yang menjadi pisau cukur.
Meskipun begitu, ia diceritakan dengan begitu kreatif lalu membuatkan kita berfikir bahawa wanita-wanita seperti ini bukannya jahat dan mereka sebenarnya ada matlamat hidup yang mahu dicapai. Semuanya dipaparkan dengan matang, segar, bersahaja dan yang penting, Pisau Cukur bukan sebuah filem komedi yang cuba memperbodoh-bodohkan penonton. Malah, tidak mustahil untuk beberapa ungkapan dalam filem ini akan menjadi ikutan ramai selepas ini. Sebagai contoh dialog Oh my God! telah ditukar ke Oh my Dior! Oh my Prada! Whoaa Gedix!
nota: Perempuan sial yang mana satu? Dialog Fazura dalam Pisau Cukur.
Posted by Amirul At
11:50 PM
Label:
Mesti Tonton
Kasihan,
Seekor kucing di Iowa disahkan positif influenza A (H1N1) sekali gus menjadi kucing pertama dijangkiti wabak pandemik ini, lapor Pertubuhan Perubatan Veterinar Amerika Syarikat, semalam. Kucing berusia 13 tahun itu dipercayai dijangkiti virus tersebut daripada penghuni rumah tempatnya tinggal.
Ia bagaimanapun telah pulih sepenuhnya dan tidak akan menjangkiti sesiapa pun. Anjing dan kuda dikatakan turut boleh dijangkiti pelbagai jenis virus selesema, tetapi sehingga kini masih belum ada binatang ini yang dijangkiti wabak selesema babi ini.
Ihsan: Reuters.
nota: Teringat pada Sari, kawan saya yang memanggil kucing-kucing kelilingnya GADIS! Molekkan gadis! Jelita sungguh!
Posted by Amirul At
3:38 AM
Label:
Seantero