Salam hormat semuanya,
Waktu terus bergerak, dunia pun berputar. Tidak cukup masa 24 jam dalam sehari. Kalaulah boleh lebih daripada itu. Tidak mengapa, Alhamdulillah untuk masa yang ada. Esok, rabu dan khamis dan hari-hari yang berikutnya akan menjadi hari yang mendebarkan untuk bulan yang kesebelas ini. Haruskah saya pergi ke hospital rabu dan khamis nanti? Saya sedang memikirkannya. Mohon semuanya selamat.
Posted by Amirul At
9:47 PM
Label:
Buat Hal Sendiri
Salam hormat,

Terpaksa beratur panjang seorang diri di GSC Pavilion untuk mendapatkan tiket filem ini dan ditambahkan lagi dengan keadaan diri yang kurang stabil petang tadi, akhirnya saya sudah selesai menonton. Untuk tahun 2009 ini, 2012 adalah sebuah malapetaka yang boleh dianggap terbaik dari Hollywood. Larut dalam emosi 2012. Saya puas hati!
Posted by Amirul At
11:49 PM
Label:
Mesti Tonton
Tiga Sekawan
Tuesday, November 10, 2009
Untuk yang menjauhkan diri,
Tiga sekawan,
Aku tidak pernah memusuhi kalian,
Apa salah aku sehingga kalian berbuat demikian?
Tiga sekawan,
Aku tidak lagi merasa keceriaan seperti dulu,
Adakah kesalahan datang daripada aku?
Tiga sekawan,
Jika enggan berhubungan lagi, tidak mengapa
Semoga kalian aku doakan bahagia
Tiga sekawan,
Jika benar salah datang daripada aku...
Ampun maaf ikhlas untuk sekalian kamu.
Selamat tinggal,
Untuk kalian yang pernah bersama aku,
Izinkan aku berangkat dahulu.
Daripada aku, seorang kawan untuk kalian yang juga kawan.
* * *
Kepada yang menjauhkan diri, aku juga sudah menjauhkan diri.
___ ; ___
Posted by Amirul At
11:52 PM
Label:
Emosi
Salam hormat semuanya,

Baru-baru ini saya sempat menonton filem dokumentari ini. Menarik, sungguh istimewa dan menjadi satu khazanah yang cukup berharga buat peminat Michael yang akan terus mengenangnya sebagai karyawan seni genius tiada tandingan. Pergilah menonton. Sedang ditayangkan sehingga 12 November ini.
Posted by Amirul At
4:15 AM
Label:
Mesti Tonton
Saya sudah menonton! Lakon layarnya terbaik!

Karya terbaharu arahan Bernard Chauly dan lakon layar oleh Rafidah Abdullah ini mengupas tentang isu wanita pisau cukur yang sering kali dipandang negatif. Naratif ceritanya membicarakan tentang wanita moden yang cita-citanya untuk mencari pasangan hidup dari kalangan lelaki kaya demi menjamin masa depan mereka. Filem ini juga diolah dengan begitu baik dan ia menonjolkan permasalahan dan realiti hidup di kalangan wanita moden hari ini yang menjadi pisau cukur.
Meskipun begitu, ia diceritakan dengan begitu kreatif lalu membuatkan kita berfikir bahawa wanita-wanita seperti ini bukannya jahat dan mereka sebenarnya ada matlamat hidup yang mahu dicapai. Semuanya dipaparkan dengan matang, segar, bersahaja dan yang penting, Pisau Cukur bukan sebuah filem komedi yang cuba memperbodoh-bodohkan penonton. Malah, tidak mustahil untuk beberapa ungkapan dalam filem ini akan menjadi ikutan ramai selepas ini. Sebagai contoh dialog Oh my God! telah ditukar ke Oh my Dior! Oh my Prada! Whoaa Gedix!
nota: Perempuan sial yang mana satu? Dialog Fazura dalam Pisau Cukur.
Posted by Amirul At
11:50 PM
Label:
Mesti Tonton