Idea!


Saya masih mencari idea, idea datanglah kepada saya!

Posted by Amirul At 4:47 AM 0 Comments

Pedulikan


Jangan fikir apa orang lain akan kata sebab bukan semua orang suka kan anda.

Posted by Amirul At 4:23 AM 0 Comments

Keunggulan Martin Scorsese




Martin Scorsese (gambar), merupakan figura dunia sinema yang cukup disegani ramai, saya sebagai salah seorang penggemar filem juga kagum dengan karya-karya yang diarahkan oleh beliau. Sebagai rekod, Scorsese telah mengarah 21 buah filem cereka termasuk filem terbarunya yang dihasilkan pada tahun lepas iaitu Shutter Island. Dua filem arahannya yang menjadi senarai filem kegemaran saya adalah filem Taxi Driver dihasilkan pada 1976 yang telah memenangi anugerah Palm d'Or di Festival Filem Cannes pada tahun yang sama dan The Aviator pada 2004 di mana aktres Cate Blanchett telah memenangi aktres pembantu terbaik di Anugerah Akademi ke-77 melalui watak Katherine Hepburn yang dilakonkannya. Lakonan Robert De Niro menerusi watak pemandu teksi yang bernama Travis Bickle dalam Taxi Driver dan Leonardo DiCaprio pula sebagai Howard Hughes dilakon dengan amat berkesan sekali. Filem The Departed arahan beliau adalah filem yang telah menobatkan beliau sebagai pengarah terbaik di Anugerah Akademi ke-79 di mana filem itu turut diumumkan sebagai filem terbaik walaupun pada pandangan saya The Aviator lebih bagus dari The Departed.




Projek terbaru Scorsese & DiCaprio.

Whoaa! Ada filem baru dari Martin Scorsese pada 2011 nanti! Sebuah filem tentang presiden Amerika Theodore Roosevelt ke-26 yang bertajuk The Rise of Theodore Roosevelt. Leonardo DiCarprio akan memegang watak Theodore Roosevelt. Sedikit fakta, nama Teddy Bear adalah diambil daripada nama presiden ini. Pasti menarik filem ni nanti.

Posted by Amirul At 5:11 AM 0 Comments

Mad Men




Berlatarbelakang Madison Avenue, New York di sekitar tahun 1960, Mad Men adalah sebuah drama siri yang mengisahkan kehidupan Don Draper, yang memegang jawatan pengarah kreatif di agensi pengiklanan Sterling Cooper. Saya sudah menonton keseluruhan episod musim pertama drama ini. Drama yang akan memasuki musim keempat di Amerika ini juga telah memenangi dua kali drama siri terbaik di Anugerah Emmy dan tiga kali untuk Anugerah Golden Globe.




nota: Dengarnya Mad Men akan ditayangkan di Malaysia menerusi sebuah saluran baru Astro tidak lama lagi. Whoaa.

Posted by Amirul At 2:30 PM 0 Comments

Sehari Di Hospital


Alhamdulillah, mak saya selesai menjalani pembedahan. Saya mahu mak cepat sembuh. Terima kasih kepada Bob sepupu saya yang sanggup bersama saya dan adik saya menunggu selama lima jam di luar dewan bedah. Terima kasih kepada Angah, Pak Yeb dan Acik Sa'adiah kerana anda orang pertama yang datang melawat. Terima kasih kepada kawan saya Nurul Najwa atas khidmat pesanan ringkas yang anda hantar. Terima kasih kawan kerana mengambil berat dan mendoakan mak saya.

Di sebelah katil mak, ada seorang tahanan penjara yang digari dan dijaga oleh dua orang warden penjara. Mak kata sejak dimasukkan ke wad, tahanan penjara itu tak makan. Dua warden Melayu yang menjaganya itu langsung tak membenarkan dia makan. Tentu dia lapar. Warden tu pesan kepada semua orang yang ada di wad supaya jangan kasi apa-apa makanan pun untuk tahanan perempuan berketurunan Cina tu. Ya Allah, kasihannya. Tiba waktu makanan sampai, dua warden tu tak benarkan orang yang hantar makanan tu menghidangkan makanan kepada tahanan penjara tersebut. Pada saya, tak kira apa pun dosa yang dia dah buat, sebagai manusia yang berhati perut tak salah kalau bagi tahanan tu makanan. Mungkin ada undang-undang yang tak benarkan tahanan penjara makan ketika ditahan untuk rawatan di hospital yang masih saya tak tahu? Saya doa supaya mak cepat sembut dan tahanan penjara itu dapat menahan lapar dan dahaga yang dialaminya sehingga dia dibenarkan makan dan minum semula.

Posted by Amirul At 9:19 PM 2 Comments