
Salam Hormat,
Membaca itu amalan mulia. Jujur dikatakan, saya bukan ulat buku. 14 Ogos yang lepas saya telah meminjam sebuah novel fiksyen Melayu yang bertajuk Manikam Kalbu tulisan Faisal Tehrani, daripada seorang murabbi. Menarik sekali jalan ceritanya. Banyak informasi berkaitan dunia fesyen dan kegemilangan busana Melayu yang tiada tolok bandingnya telah berjaya dizahirkan dalam novel yang diterbitkan Oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ini. Saya pun membaca dengan perlahan supaya saya dapat masuk ke alam kemasyhuran busana Melayu hasil imaginasi penulis prolifik ini.
Tahniah Faisal Tehrani! Saya berjaya larut dalam emosi anda! Mengambil 11 hari untuk menghabiskan karya 364 halaman ini. Hari ini tepat jam 3 pagi. Saya berjaya menghabiskannya. Saya juga tidak kisah kalau ada yang berkata agak ketinggalan zaman kerana baru sahaja membaca karya Manikam Kalbu ini. Tidak mengapa! Juga ingin saya berterima kasih kepada Faisal Tehrani kerana sepanjang membaca karyanya ini, saya tidak pening kepala! Berlainan sekali ketika saya membaca Tuhan Manusia yang sangat memeningkan kepala saya. Terima kasih kepada murabbi kerana meminjamkan Manikam Kalbu kepada saya.
Selamat Menjalani Ramadhan kepada semua.
Posted by Amirul At
3:15 AM
Label:
Tertawan
1 Comments:
Post a Comment
ketinggalan zama atau tidak itu tak penting, yang penting kita membaca..hehehe..aku pun baru baca srengenge dan ranjau sepanjang jalan tahun lepas ;P