Mesti Tonton: Papadom

Sekarang di pawagam!


Sekian lama tidak menonton wayang bersama, akhirnya dapat jugak menonton wayang bersama mak dan Khairul pada Jumaat, 9 Oktober lepas di JJ Cheras Selatan.



Bercerita tentang Papadom, filem yang merangkul lima trofi FFM22 baru-baru ini sememangnya sesuai ditonton oleh segenap umur. Menampilkan mainan emosi dan jalan cerita yang cukup menarik dengan adunan mesej kekeluargaan, persahabatan, perpaduan, kasih sayang serta rasa bertanggungjawab. Pergi tengok kalau tak percaya, sokong filem tempatan.


nota: Kepada siapa yang belum menonton filem ini dan memerlukan teman untuk menonton filem ini silalah ajak saya. Ahaa!

Posted by Amirul At 4:50 AM

0 Comments:

Post a Comment