Salam Takzim,
Dekan Fakulti Penulisan, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Datuk Dr. Mohd. Anuar Rethwan, 60, atau nama penanya Anwar Ridhwan diumum sebagai penerima Anugerah Sastera Negara Ke-10.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyampaikan anugerah tersebut kepada tokoh sastera dan bahasa itu yang membawa gelaran Sasterawan Negara.
Turut berangkat pada majlis yang diadakan di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan dekat sini malam ini ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.
Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Panel Anugerah Sastera Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman.
Pemilihan tersebut membolehkan anak kelahiran Sungai Besar, Selangor itu menerima warkah penghormatan negara, wang tunai RM60,000 serta pelbagai kemudahan untuk kegiatan mencipta karya sastera.
Kerajaan turut membeli 50,000 naskah karya beliau untuk diedarkan ke sekolah-sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan.
Dalam ucapannya pada majlis penyampaian anugerah tersebut di sini malam ini, Muhyiddin berkata, pemilihan Anuar berdasarkan sumbangan kreatif dan kesan pemikiran sehingga membentuk tradisi persuratan tersendiri bagi masyarakat negara ini.
Beliau berkata, ketegaran dalam mendalami dan mempertahankan nilai pembinaan negara bangsa yang diperjuangkan menjadi penilaian utama ahli panel untuk memilih penerima anugerah.
''Di samping itu, komitmen sasterawan dalam kegiatan sastera secara berterusan sehingga membentuk tradisi persuratan yang tersendiri serta didukung dan diteruskan oleh generasi penulis juga dijadikan asas penilaian," katanya.
Beliau berkata, pengurniaan Anugerah Sastera Negara merupakan iltizam berterusan kerajaan untuk memberikan pengiktirafan terhadap sumbangan sasterawan dalam usaha memperkukuh dan memartabatkan karya sastera kebangsaan.
Berikutan itu kata beliau, sebagai tanda penghargaan, kerajaan bersetuju untuk menaikkan jumlah ganjaran daripada RM30,000 kepada RM60,000.
Muhyiddin juga menyarankan agar penterjemahan karya Sasterawan Negara dan karya-karya besar yang lain diusahakan dengan lebih terancang.
Menurutnya, akhbar-akhbar berbahasa Melayu juga perlu memberikan ruang lebih luas kepada penyiaran tulisan-tulisan ilmiah berkaitan sastera.
''Karya-karya ini boleh disiarkan di akhbar-akhbar vernakular dan diuar-uarkan di media baru sebagai salah satu kaedah pengembangan dan pemasyarakatan sastera kebangsaan sekali gus mengukuhkan lagi semangat perpaduan 1Malaysia," katanya.
Anuar yang dilahirkan pada 5 Ogos 1949, merupakan pemegang Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Malaya sebelum memulakan tugas sebagai Pegawai Penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan bersara selaku Pengarah Penerbitan pada tahun 2005.
Antara cerpen beliau yang popular ialah Parasit, Sesudah Perang, Sangkar dan Dunia Adalah Sebuah Apartmen manakala drama pula seperti Orang-orang Kecil serta Yang Menjelma dan Menghilang.
Novel terkenal beliau ialah Hari-hari Terakhir Seorang Seniman dan Ogonshoto
Ihsan: Utusan.
Posted by Amirul At
3:07 AM
Label:
Berita Gembira
Salam Takzim,

Hari ini salah seorang pensyarah jurusan perfileman kekaguman negara yang pernah dan sekarang pun masih mengajar saya, Encik Hassan Muthalib akan menerima Anugerah Kehormat UiTM.
Tahniah daripada saya.
Posted by Amirul At
9:57 AM
Label:
Berita Gembira

Salam Takzim,
Alhamdulillah, Anugerah Sastera Negara ke-11 yang dinantikan akhirnya sampai ke kemuncak apabila Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan akan mengumumkannya pada 20 Oktober 2009.
Tiada apa yang dapat dikatakan selain melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t atas penobatan Sasterawan Negara yang ke-10 iaitu Dato' Dr. Anwar Rethwan yang juga merupakan Dekan Fakulti Penulisan ASWARA. Tahniah Dato' ! Dengan budi pekerti mulia dan senantiasa kelihatan tenang, sifat yang ada pada beliau sememangnya wajar dijadikan contoh untuk saya dan kawan-kawan sekalian yang masih baharu.
Sebagai rekod, Dato' Dr. Anwar yang pernah memenangi Anugerah Penulisan Sea 2002 banyak menghasilkan karya kreatif dalam genre cerpen, novel dan drama dengan teks terpancar pada beberapa magnum opusnya seperti Hari-hari Terakhir Seorang Seniman, Naratif Orgonshoto, Menjelma, Menghilang serta Orang-orang Kecil.
Siaran tergendala....
Posted by Amirul At
12:43 AM
Label:
Berita Gembira