Antusias !

Salam Hormat,

Alhamdulillah, selesai masalah dan dugaan yang membelenggu diri saya sejak kebelakangan ini. Terima kasih kepada yang membantu. Jasa dan niat ikhlas orang yang membantu dan menasihat termasuk ibu dan bapa tidak akan dilupa. Saya kini punya ANTUSIAS yang tinggi terhadap cita-cita saya. Diharap saya berjaya menghipnosis semua pensyarah untuk lulus dengan cemerlang dalam pengajian Ijazah ini kelak. Inshaallah.

Siaran tergendala....

Posted by Amirul At 2:09 PM 0 Comments

Larut Dalam Emosi

Salam Hormat,


Emosi tertekan! Dua perkataan yang dapat menggambarkan keadaan saya ketika ini. Berkejar ke sana-sini dengan hal dunia. Dikelilingi dengan orang yang pentingkan diri sendiri.


Mereka seboleh-bolehnya mahu saya mendengar dan membantu agar saya sekali terlibat dalam hidup mereka. Adakah saya berkepentingan dalam hidup mereka? Atau hanya kerana saya seorang yang lurus?


Adakah sebab itu mereka mengambil kesempatan? Saya tahu ada orang yang saya kenal tak kira kawan atau pun lebih tinggi darjat dan status mereka sememangnya mempergunakan saya. Siapa? Banyak.


Bila tiba masalah sendiri, saya ada juga meluahkan apa yang terpendam. Mereka jarang sekali menjadi pendengar setia. Jarang berlaku... Jarang... Jarang... Jarang...!


Siaran tergendala....

Posted by Amirul At 7:37 AM 2 Comments

Kekangan Jiwa !

Salam Hormat,

Saya tak boleh sambung Ijazah... Saya ada masalah peribadi dan kewangan! Penjaga saya enggan menanggung kos pengajian... Daftar yuran nak bayar guna? Daun? Pasir? ASWARA langsung tak boleh bertolak ansur. Nak bayar half dulu pun tak boleh!

OTAK SERABUT...
JIWA KACAU...
BENAK KALUT...
HATI RISAU...


OLEH ITU....

Posted by Amirul At 4:39 AM 4 Comments

Wacko Jacko !


Salam Hormat,

Sudah lima hari Michael Jackson meninggal dunia. Banyak spekulasi timbul selepas kematian beliau. Saya suka dengan cara tunggu dan lihat apakah yang akan berlaku seterusnya. Apa-apapun, bagi saya biarkan beliau pergi dengan aman. Kita nikmati saja karya seni yang beliau pernah beliau lantunkan. Earth Song! Lagu kegemaran saya tu. Gambar diatas adalah 48 jam sebelum Jacko meninggal dunia. Akhir kata, "Michael, May Allah be with you." Jermaine Said.


Itu saja daripada saya.

Posted by Amirul At 5:29 AM 0 Comments

Apa Itu Kawan ?

Salam Takzim,

Setiap orang perlukan kawan, teman, geng, orang-orang yang boleh kita berhubung. Tapi, apakah itu kawan? Geng warung kopi? Kawan seperjuangan? Kawan lepak-lepak? Rakan-rakan sekolah ? Atau kawan-kawan semasa kita kecil?


Tak ada prejudis, tak ada perbezaan, tak ada pertandingan, tak ada persaingan? Sehingga suatu hari kita belajar untuk buka mata dan kita nampak, dunia bukan lagi sekadar hitam dan putih. Persahabatan adalah suatu pengembaraan yang tak boleh diduga.


Di Aswara, sepanjang tiga tahun pengajian, banyak kawan yang saya kenal. Bermacam-macam perangai dan ragam. Kawan-kawan satu fakulti, boleh dikatakan agak rapat. Merekalah teman yang senantiasa berada disisi tatkala susah dan senang dihadapi bersama.


Mereka yang negatif :-

- Ada yang sensitif.
- Pentingkan diri sendiri.
- Suka pijak kepala saya.
- Suka serkap jarang terhadap saya.
- Anggap saya macam agas-agas.
- Anggap saya tunggul kayu bila berhadapan dengan mereka.
- bila tanya jangan jadi bisulah weh!


Mereka yang positif :-

- Suka bantu membantu. Sari - banyak dia tolong saya.
- Menjadi pendengar setia.
- pendorong kepada peningkatan pointer saya - Fatihah dan Radiah.


Empat kawan di Aswara yang layak dijadikan pendorong untuk saya lebih bersemangat :

- Fatihah.
- Radiah.
- Sari.
- Kak Afna.


Keempat-empat orang yang disebutkan ini cukup saya kagum dengan cara mereka sebagai pelajar.

Posted by Amirul At 7:55 PM 4 Comments