Kata Mother Teresa

Manusia,

selalu berada dalam keadaan yang tidak logik
tetapi maafkan mereka.

Posted by Amirul At 8:08 AM 0 Comments

Mentari!

Terbit mentari,
Hadir ke kuliah di pagi hari
Ambil ilmu daripada murabbi
Kotak fikiran terisi, diri sendiri senang hati



Terbenam mentari,
Pulang sendiri ke rumah kembali
Emosi syaitan tiada lagi
Mengharapkan esok seperti hari ini

Posted by Amirul At 2:02 AM 0 Comments

Gerhana

Katalah apa saja
Yang jelik penuh dusta
Kau bebas warnai diriku
Di minda yang kelabu

Siapa diri ini
Tuhan yang memahami
Amarah dan kecewa
Hanyalah bara membakar jiwa

Sungguh pun ku terkilan
Terguris perasaan
Ku pilih berdiam diri
Tanpa dendam di hati

Posted by Amirul At 6:54 PM 0 Comments

Penobatan Sasterawan Negara Ke-10


Salam Takzim,

Alhamdulillah, Anugerah Sastera Negara ke-11 yang dinantikan akhirnya sampai ke kemuncak apabila Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan akan mengumumkannya pada 20 Oktober 2009.

Tiada apa yang dapat dikatakan selain melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t atas penobatan Sasterawan Negara yang ke-10 iaitu Dato' Dr. Anwar Rethwan yang juga merupakan Dekan Fakulti Penulisan ASWARA. Tahniah Dato' ! Dengan budi pekerti mulia dan senantiasa kelihatan tenang, sifat yang ada pada beliau sememangnya wajar dijadikan contoh untuk saya dan kawan-kawan sekalian yang masih baharu.

Sebagai rekod, Dato' Dr. Anwar yang pernah memenangi Anugerah Penulisan Sea 2002 banyak menghasilkan karya kreatif dalam genre cerpen, novel dan drama dengan teks terpancar pada beberapa magnum opusnya seperti Hari-hari Terakhir Seorang Seniman, Naratif Orgonshoto, Menjelma, Menghilang serta Orang-orang Kecil.

Siaran tergendala....

Posted by Amirul At 12:43 AM 0 Comments

Sana Sini Demam !

Salam Hormat,

Sana-sini, perkataan demam kerapkali saya dengar. Dalam kelas, dalam telefon, akhbar, sesawang facebook, dalam Yahoo! Messenger. Semua demam. Kawan-kawan saya, pensyarah, saudara-mara, sepupu, ibu, bapa, dan adik saya semua demam. Pendek kata, semua orang disekeliling saya sejak kebelakangan ini demam.

Sewaktu pertengahan Julai sehingga berakhirnya bulan tersebut, saya sendiri mengalami demam sebanyak tiga kali. Senang sekali untuk saya katakan pada kerajaan, tak payah 'malu-malu' berkaitan Selsema Babi! Universiti, sekolah, kolej banyak dah tutup. Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan bila lagi?

Siaran tergendala....

Posted by Amirul At 5:51 PM 0 Comments