Media Prima Screenings 2010
Sunday, November 01, 2009
Menarik 2010!

Tengoklah sampai lebam. Ada 82nd Academy Awards, 52nd Grammy, American Music Awards, MTV Movie Awards, Shout! Awards, Gossip Girls 3, American Idol Yr.9, Project Runway Yr. 6, AIM-17, Kami 2! dan banyak lagi! Whoaa gila semua nak tengok! Ahahaa! Layari - www.screenings.com.my
Posted by Amirul At 4:58 AM 0 Comments
Label: Tertawan
Oktober 2009

Menonton Gamat di Istana Budaya.

Beraya di rumah Yaya di Bukit Jelutong.
Yaya bersama Ary punya future step mother in law, Anne Hamid. Haha!

Raya Rumah Jiman di Gombak.
Menggedik di Ikea bersama rakan-rakan dari Mmu Cyberjaya.
Habis dah.... ;D Gedikkan? Suka hati akulah! Ahaa!
Posted by Amirul At 1:42 AM 0 Comments
Label: Buat Hal Sendiri
Mesti Tonton: Inglourious Basterds
Wednesday, October 28, 2009
Salam harmoni semuanya,

Baru-baru ini saya menonton filem baharu arahan Quentin Tarantino. Filem ini memperlihatkan bagaimana Tarantino menggunakan sejarah, fakta dan watak-watak sejarah untuk membentuk sebuah fiksyen sejarah yang menggambarkan kezaliman Nazi dan Adolf Hitler. Saya larut dalam emosi Tarantino yang berdurasi 2 jam 30 minit di pawagam. Lagi, tontonlah Christoph Waltz yang telah memenangi Aktor Terbaik Festival Filem Cannes ke-62 untuk lakonannya dalam filem ini.
Posted by Amirul At 1:33 PM 2 Comments
Label: Mesti Tonton
Anwar Ridhwan Sasterawan Negara Ke-10
Wednesday, October 21, 2009

Turut berangkat pada majlis yang diadakan di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan dekat sini malam ini ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.
Pemilihan tersebut membolehkan anak kelahiran Sungai Besar, Selangor itu menerima warkah penghormatan negara, wang tunai RM60,000 serta pelbagai kemudahan untuk kegiatan mencipta karya sastera.
Kerajaan turut membeli 50,000 naskah karya beliau untuk diedarkan ke sekolah-sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan.
Dalam ucapannya pada majlis penyampaian anugerah tersebut di sini malam ini, Muhyiddin berkata, pemilihan Anuar berdasarkan sumbangan kreatif dan kesan pemikiran sehingga membentuk tradisi persuratan tersendiri bagi masyarakat negara ini.
Beliau berkata, ketegaran dalam mendalami dan mempertahankan nilai pembinaan negara bangsa yang diperjuangkan menjadi penilaian utama ahli panel untuk memilih penerima anugerah.
''Di samping itu, komitmen sasterawan dalam kegiatan sastera secara berterusan sehingga membentuk tradisi persuratan yang tersendiri serta didukung dan diteruskan oleh generasi penulis juga dijadikan asas penilaian," katanya.
Beliau berkata, pengurniaan Anugerah Sastera Negara merupakan iltizam berterusan kerajaan untuk memberikan pengiktirafan terhadap sumbangan sasterawan dalam usaha memperkukuh dan memartabatkan karya sastera kebangsaan.
Berikutan itu kata beliau, sebagai tanda penghargaan, kerajaan bersetuju untuk menaikkan jumlah ganjaran daripada RM30,000 kepada RM60,000.
Muhyiddin juga menyarankan agar penterjemahan karya Sasterawan Negara dan karya-karya besar yang lain diusahakan dengan lebih terancang.
Menurutnya, akhbar-akhbar berbahasa Melayu juga perlu memberikan ruang lebih luas kepada penyiaran tulisan-tulisan ilmiah berkaitan sastera.
''Karya-karya ini boleh disiarkan di akhbar-akhbar vernakular dan diuar-uarkan di media baru sebagai salah satu kaedah pengembangan dan pemasyarakatan sastera kebangsaan sekali gus mengukuhkan lagi semangat perpaduan 1Malaysia," katanya.
Anuar yang dilahirkan pada 5 Ogos 1949, merupakan pemegang Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Malaya sebelum memulakan tugas sebagai Pegawai Penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan bersara selaku Pengarah Penerbitan pada tahun 2005.
Antara cerpen beliau yang popular ialah Parasit, Sesudah Perang, Sangkar dan Dunia Adalah Sebuah Apartmen manakala drama pula seperti Orang-orang Kecil serta Yang Menjelma dan Menghilang.
Novel terkenal beliau ialah Hari-hari Terakhir Seorang Seniman dan Ogonshoto
Posted by Amirul At 3:07 AM 2 Comments
Label: Berita Gembira
Tahniah Encik Hassan Muthalib !
Tuesday, October 20, 2009
Salam Takzim,
Posted by Amirul At 9:57 AM 1 Comments
Label: Berita Gembira

