Saya tidak malu untuk mengaku silap saya jika kesilapan itu datang daripada diri saya sendiri. Saya juga minta maaf kepada semua yang pernah terasa hati dengan sikap saya yang agak kebudak-budakkan.
Perasaan, untuk saya orang muda, perasaan orang muda tidak mungkin sama dengan perasaan orang tua. Saya suka berkawan, tapi kadang-kadang saya susah nak faham hati kawan-kawan. Kepada yang tidak suka dan tidak mahu berkawan dengan saya, saya tidak kisah dengan itu kerana saya tidak menganggapnya sebagai satu masalah besar.
Untuk masa sekarang dan akan datang, banyak perkara yang perlu dilakukan dan untuk diselesaikan. Saya tidak berminat untuk bercerita tentang perkara yang mendatangkan keburukan kepada orang lain yang juga tiada kaitan dengan perjalanan hidup saya.
nota: Demi ALLAH S.W.T, dengan seikhlas hati, saya minta maaf kepada semua yang dikenali - Pangkal nama bermula dari A sampai Z.
Memenangi kategori song of the year menerusi lagu ini sewaktu Anugerah Grammy ke-51. Salah satu band antarabangsa yang saya mahu lihat persembahan mereka selain dari band Maroon 5, Radiohead dan The Killers. Bila agaknya band ini akan bertandang ke Kuala Lumpur... Adakah di Sunburst 2010 nanti? Saya mahu pergi!
Biarpun pada awalnya saya rasa boleh tahan dan kawal ketidakpuasan hati berkaitan kelas dibatalkan murabbi pada saat-saat akhir sejak dua menjak ini, tetapi apabila saya mengalaminya berulang kali berkaitan kelas dibatalkan tanpa diberitahu dengan lebih awal oleh murabbi ataupun kawan-kawan keliling yang dulu ada dan kini sepi bagaikan tiada,perasaan itu lebih mengatasi daripada segalanya.
Dengan penuh rasa rendah diri, saya memohon maaf atas ketelanjuran kata yang dikeluarkan menerusi tulisan yang dipaparkan dalam blog ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda kerana sudi memberi ilmu dan masih boleh tahan dengan perangai dan sikap saya yang gedik ini.
Waktu terus bergerak, dunia pun berputar. Tidak cukup masa 24 jam dalam sehari. Kalaulah boleh lebih daripada itu. Tidak mengapa, Alhamdulillah untuk masa yang ada. Esok, rabu dan khamis dan hari-hari yang berikutnya akan menjadi hari yang mendebarkan untuk bulan yang kesebelas ini. Haruskah saya pergi ke hospitalrabu dan khamis nanti? Saya sedang memikirkannya. Mohon semuanya selamat.
Terpaksa beratur panjang seorang diri di GSC Pavilion untuk mendapatkan tiket filem ini dan ditambahkan lagi dengan keadaan diri yang kurang stabil petang tadi, akhirnya saya sudah selesai menonton. Untuk tahun 2009 ini, 2012 adalah sebuah malapetaka yang boleh dianggap terbaik dari Hollywood. Larut dalam emosi 2012. Saya puas hati!