Kaki Wayang


Ini filem-filem yang terbaru aku tengok di panggung wayang. Kalau nak harap tengok dvd, memang sukar nak habiskan keseluruhan cerita yang ditonton.














Posted by Amirul At 3:20 AM 0 Comments

Nine

Mesti tonton!





Posted by Amirul At 7:53 AM 0 Comments

Ceritera Nine

Hi semua,




Diberi judul Nine dan diarahkan oleh Rob Marshall, sutradara yang mencipta kemasyhuran menerusi filem muzikal, Chicago. Apa yang membuatkan filem ini nampak hebat dan gah ialah ia dibarisi oleh pelakon yang memiliki nama besar di Hollywood yang sebahagian besarnya merupakan pemenang Oscar. Barisan pelakon yang membintangi filem Nine ialah Daniel Day-Lewis, Marion Cotillard, Nicole Kidman, Penelope Cruz, Judi Dench, Sophia Loren, Kate Hudson serta vokalis kumpulan Black Eyed Peas, Stacy Ferguson atau lebih dikenali sebagai Fergie.


Para pengkritik filem berpendapat, Nine mampu menjadi filem muzikal terhebat tahun ini. Filem ini cukup cemerlang daripada pelbagai aspek seperti pengarahan, penataan seni, kostum, sinematografi, muzik dan juga suntingan. Mungkin ramai yang tidak tahu sebelum projek ini diteruskan, ia telah berdepan dengan pelbagai insiden terutama sekali penukaran pelakonnya yang silih berganti. Sebelum barisan pelakon yang sedia ada ini disahkan, nama-nama besar yang lain juga pada mulanya merupakan pilihan utama bagi membintangi filem yang dianggap cukup ekstravaganza ini.


Pemenang Oscar, Javier Bardem misalnya merupakan pilihan utama bagi watak Guido Contini, namun dia menarik diri pada saat akhir atas alasan berdepan dengan keletihan dan kepenatan. Watak Luisa yang dibawakan oleh Marion Cotillard dalam filem ini sebenarnya cukup menarik minat Katie Holmes dan dia sendiri menghadiri uji bakat. Tetapi, Rob Marshall merasakan Katie tidak mempunyai kriteria yang lengkap untuk membawakan watak berkenaan.

Pada asalnya juga, Catherine Zeta-Jones merupakan calon pertama untuk membawakan watak Claudia. Malah, Catherine sendiri teruja dengan projek filem ini dan meminta wataknya itu dibesarkan tetapi, ia mendapat bantahan daripada Rob. Tiada pilihan, Catherine meninggalkan projek ini dan selepas itu, nama-nama seperti Amy Adams, Gwyneth Paltrow, Anne Hathaway, Demi Moore dan Juliette Binoche disebut-sebut akan membawakan watak tersebut. Tetapi, sudah rezeki watak Claudia menjadi milik Nicole Kidman dan Rob sendiri memuji kehebatan Nicole yang dilihat berjaya menterjemahkan watak Claudia seperti mana yang diinginkannya.

Secara ringkasnya, filem Nine mengisahkan tentang permasalahan hidup yang dihadapi oleh Guido Contini, seorang pengarah filem terkenal yang berdepan dengan masalah peribadi dan juga kerjaya. Pada masa yang sama, dia juga perlu mengimbangi dunianya dengan wanita-wanita yang memainkan peranan penting dalam kehidupannya termasuklah isterinya, Luisa (Marion Cotillard), ibunya, Mamma (Sophia Loren) dan perempuan simpanannya, Carla (Penelope Cruz).

Bukan mereka berdua sahaja, Guido juga perlu berdepan dengan aktres kesayangannya, Claudia (Nicole Kidman), pereka busana dan kostumnya, Lilli (Judi Dench). Malah, kehidupannya itu juga cukup menarik perhatian seorang wartawan majalah fesyen Amerika, Stephanie (Kate Hudson) yang begitu berminat untuk menulis tentang perjalanan hidupnya. Tetapi, Guido juga harus menerima hakikat apabila seorang pelacur, Saraghina (Fergie) yang pernah singgah di hatinya kini kembali dalam hidupnya.

Filem yang diadaptasi dari pementasan teater muzikal dengan judul yang sama itu jga merupakan pemenang lima Tony Awards termasuk Teater Muzikal Terbaik pada tahun 1982.

nota: Disebabkan masih ada mentaliti kolot segelintir orang Malaysia, Nine mungkin tidak boleh tembus untuk tayangan tempatan! Filem tentang kisah benar kehidupan seorang blogger chef wanita Julie, Julia lakonan Meryl Streep juga dibatalkan tayangan di Malaysia. Kenapa? Pelik!

Posted by Amirul At 5:55 AM 4 Comments

Pencalonan Golden Globe 2010


Untuk kali ke-67, pihak Hollywood Foreign Press (HFPA) telah mengadakan sidang media semalam bagi mengumumkan senarai penuh pencalonan filem-filem dan drama-drama terbaik Hollywood untuk tahun 2009 yang akan dipertandingkan dalam Anugerah Golden Globe yang bakal berlangsung pada 17 Januari 2010 ini di Beverly Hilton Hotel, Beverly Hills, California. Dan ini sebahagian daripada calon-calon yang telah disenarai pendek.



Aktres Jerman, Diane Kruger.


Justin Timberlake sedang mengumumkan pencalonan.


Best Motion Picture - Drama
Avatar
The Hurt Locker
Inglourious Basterds
Precious: Based On The Novel Push By Sapphire
Up In The Air


Best Performance by an Actress in a Motion Picture - Drama
Emily Blunt – The Young Victoria
Sandra Bullock – The Blind Side
Helen Mirren – The Last Station
Carey Mulligan – An Education
Gabourey Sidibe – Precious: Based On The Novel Push By Sapphire


Best Performance by an Actor in a Motion Picture - Drama
Jeff Bridges – Crazy Heart
George Clooney – Up In The Air
Colin Firth – A Single Man
Morgan Freeman – Invictus
Tobey Maguire – Brothers


Best Motion Picture - Musical Or Comedy
(500) Days Of Summer
The Hangover
It's Complicated
Julie & Julia
Nine


Best Performance by an Actress in a Motion Picture - Musical or Comedy
Sandra Bullock – The Proposal
Marion Cotillard – Nine
Julia Roberts – Duplicity
Meryl Streep – It's Complicated
Meryl Streep – Julie & Julia


Best Performance by an Actor in a Motion Picture - Musical Or Comedy
Matt Damon – The Informant!
Daniel Day-Lewis – Nine
Robert Downey Jr. – Sherlock Holmes
Joseph Gordon-Levitt – (500) Days Of Summer
Michael Stuhlbarg – A Serious Man


Best Director - Motion Picture
Kathryn Bigelow – The Hurt Locker
James Cameron – Avatar
Clint Eastwood – Invictus
Jason Reitman – Up In The Air
Quentin Tarantino – Inglourious Basterds



Best Screenplay - Motion Picture
District 9 -
Written by Neill Blomkamp, Terri Tatchell
The Hurt Locker -
Written by Mark Boal
Inglourious Basterds -
Written by Quentin Tarantino
It's Complicated -
Written by Nancy Meyers
Up In The Air - Written by Jason Reitman, Sheldon Turner


Best Animated Feature Film
Cloudy With A Chance Of Meatballs
Coraline
Fantastic Mr. Fox
The Princess And The Frog
Up


Best Foreign Language Film
Baaria - Italy
Broken Embraces - Spain
The Maid - Chile
A Prophet - France
The White Ribbon - Germany



nota: Dengan ini, bermulalah musim penganugerahan karyawan Hollywood - Golden Globe, Grammy, Screen Actor Guild & Oscar!


Posted by Amirul At 6:26 AM 0 Comments

Sunset PD

Hi,


Usai peperiksaan akhir, kawan aku ajak pergi Port Dickson. Kami pergi bertiga dan balik hari.

Merenung kehidupan, memikir kesudahan. ;p


Syok dapat tengok sunset kat PD! ;D


Alhamdulillah, seminggu sebelumnya, aku berhajat sangat nak tengok sunset. Plan last minute dua orang kawan aku ni yang bawa aku ke sana. Terima kasih Shafiq dan Hairy.


Posted by Amirul At 6:48 AM 0 Comments