Kata Aristotle
Thursday, September 03, 2009
Tahukah anda,
Rahsia kejayaan ialah mengetahui sesuatu yang orang lain tidak tahu.
nota kaki: Encik Hassan Muthalib suka sangat dengan Aristotle! Amacam?
Posted by Amirul At
6:25 AM
Label:
Kata Beliau
Fahamkan,
Hati orang yang bodoh berada dalam mulutnya, tetapi mulut orang yang cerdik berada dalam hatinya.
Posted by Amirul At
3:00 AM
Label:
Kata Beliau
Saya Redha
Wednesday, August 26, 2009
Al-Fatihah,
Nenda tersayang Hajjah Siti Rohana Binti Haji Idris, telah kembali ke Rahmatullah pada jam 11.40 pagi, 4 Ramadhan 1430 bersamaan 25 Ogos 2009. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur ke hadrat Allah kerana telah melancarkan perjalanan nenda yang sungguh tenang ke alam barunya. Terima kasih Allah s.w.t. Saya redha. Al-Fatihah.
Posted by Amirul At
1:41 AM
Label:
Emosi

Salam Hormat,
Membaca itu amalan mulia. Jujur dikatakan, saya bukan ulat buku. 14 Ogos yang lepas saya telah meminjam sebuah novel fiksyen Melayu yang bertajuk Manikam Kalbu tulisan Faisal Tehrani, daripada seorang murabbi. Menarik sekali jalan ceritanya. Banyak informasi berkaitan dunia fesyen dan kegemilangan busana Melayu yang tiada tolok bandingnya telah berjaya dizahirkan dalam novel yang diterbitkan Oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ini. Saya pun membaca dengan perlahan supaya saya dapat masuk ke alam kemasyhuran busana Melayu hasil imaginasi penulis prolifik ini.
Tahniah Faisal Tehrani! Saya berjaya larut dalam emosi anda! Mengambil 11 hari untuk menghabiskan karya 364 halaman ini. Hari ini tepat jam 3 pagi. Saya berjaya menghabiskannya. Saya juga tidak kisah kalau ada yang berkata agak ketinggalan zaman kerana baru sahaja membaca karya Manikam Kalbu ini. Tidak mengapa! Juga ingin saya berterima kasih kepada Faisal Tehrani kerana sepanjang membaca karyanya ini, saya tidak pening kepala! Berlainan sekali ketika saya membaca Tuhan Manusia yang sangat memeningkan kepala saya. Terima kasih kepada murabbi kerana meminjamkan Manikam Kalbu kepada saya.
Selamat Menjalani Ramadhan kepada semua.
Posted by Amirul At
3:15 AM
Label:
Tertawan
22 Ogos 1988
Saturday, August 22, 2009
Alhamdulillah,
21 tahun yang lalu, saya dilahirkan di Kuala Lumpur. Alhamdulillah, kini saya masih lagi dapat menghirup udara segar pada pertama Ramadhan mulia yang jatuh pada tarikh ulang tahun kelahiran saya. Azam saya, sentiasa cermin diri, menjadi seorang yang lebih tegas dan tetap pendirian, cuba menjadi seorang yang lebih matang, dan menghormati orang yang lebih makan garam. Inshaallah.
Terima kasih Tuhan.
Posted by Amirul At
6:03 PM
Label:
Terima Kasih