I Am... World Tour Live In Malaysia 2009

Hi Semuanya!




I Am... Sasha Fierce World Tour Live In Malaysia 2009. Saya nak pergi! Saya nak pergi! Saya nak pergi 25 Oktober 2009 ni! Tiket? Saya tiada!

Posted by Amirul At 1:58 AM 2 Comments

Terima Kasih Tuan, Puan

Salam takzim,




Baru-baru ini, tempat saya belajar, Fakulti Penulisan ASWARA telah mengadakan sebuah majlis ilmu yang dinamakan 'Wacana Sastera Bersama Editor'. Saya datang dan saya dapat satu idea daripada salah seorang editor yang diundang. Terima kasih kepada semua tenaga kerja yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Terima kasih sekali lagi, diharap ada lagi program ilmu seperti ini. Saya boleh dapat banyak idea untuk dizahirkan sebagai tugasan ataupun karya simpanan yang bukan untuk diterbitkan. Ahahaa!


nota: Saya boleh dengar dan beri tumpuan pada 10 minit pertama. Selebihnya ikut pada cara penyampaian orang yang bercakap itu. Minta maaf kalau kurang ajar.

Posted by Amirul At 2:04 AM 0 Comments

Mesti Tonton: Papadom

Sekarang di pawagam!


Sekian lama tidak menonton wayang bersama, akhirnya dapat jugak menonton wayang bersama mak dan Khairul pada Jumaat, 9 Oktober lepas di JJ Cheras Selatan.



Bercerita tentang Papadom, filem yang merangkul lima trofi FFM22 baru-baru ini sememangnya sesuai ditonton oleh segenap umur. Menampilkan mainan emosi dan jalan cerita yang cukup menarik dengan adunan mesej kekeluargaan, persahabatan, perpaduan, kasih sayang serta rasa bertanggungjawab. Pergi tengok kalau tak percaya, sokong filem tempatan.


nota: Kepada siapa yang belum menonton filem ini dan memerlukan teman untuk menonton filem ini silalah ajak saya. Ahaa!

Posted by Amirul At 4:50 AM 0 Comments

Maya Karin

Memori lama,




Gambar ini diambil pada press conference Maya Karin untuk pengumuman tarikh perkahwinannya dengan Muhammad Ali dan juga pelancaran laman webnya di Satu Entertainment, Petaling Jaya. Masih segar dalam kotak fikiran saya wartawan terawal yang sampai. Ahahaa! Maya pun belum sampai. P.A. Maya, Azlin Abbas pun juga belum sampai.

Posted by Amirul At 1:15 AM 0 Comments

Kawan Lama & Kawan Baru

Kawan,

Berkawan biar beribu, bercinta biar satu. Mesti anda pernah dengan ungkapan ini bukan? Alhamdulillah, sekarang kawan-kawan yang saya ada masing-masing sesuai untuk dibuat kawan, sesuai untuk dijadikan teman dikala susah, teman sekuliah, teman sosial, dan teman segala macam lagi yang menjurus ke arah kebaikan.

Saya suka berkawan walaupun kadang-kadang jarang buka mulut. Mungkin saya berat mulut ataupun anti sosial! Ahaa! Oleh sebab itu saya tidak ramai kawan. Tapi, sejak dua menjak ini saya telah dicop - sombong, kawan lupakan kawan! "Yalah Mirul sekarang dah ada kawan baru, mana nak ingat kat kita dah," kata si polan itu kepada saya. Ahaa! Jangan marah.

Betul ke? Betullah tu! Ya, sejak menyambung pengajian di peringkat Ijazah ini saya sering bersama-sama kawan-kawan yang baru saya kenal. Ini tidak bermakna saya melupakan kawan-kawan yang telah lama saya kenal. Tak adalah banyak sangat kawan baru yang saya kenal, yang ada ni pun cukup untuk mengisi kekosongan kawan-kawan diploma yang telah meninggalkan ASWARA terutamanya Mimie, Sari dan Taufik.

Saya hairan, kenapa ada kawan-kawan lama yang turut sama menyambung pengajian ke peringkat Ijazah seperti saya tidak mahu bercampur gaul dengan kawan-kawan kita yang baru ni? Kenapa ya? Oleh kerana kerana tidak mahu bercampur dengan kawan-kawan yang baru, saya pula telah dicop sombong, dah tak ingat kawan lama oleh salah seorang kawan saya ni. Aduhai jangan jadi kera sumbang tak nak bercampur dengan kawan-kawan baru, mereka bukan orang jahat. Janganl berperasaan negatif.

nota: Saya tetap seperti dulu. Apa khabar kawan-kawan Diploma yang sudah lama tak jumpa?

Posted by Amirul At 4:31 AM 6 Comments